MAKLUMAN :


widgeo.net

Wednesday, June 6, 2012

Persoalan Rumahtangga Dari Karkun


From: X@#%&*
To: ibnsaad61@yahoo.com
Sent: Tuesday, May 15, 2012 6:51 PM
Subject: tanya ustaz

Assalamualaikum wbt

Ust, saya ada masalah nak tanya. Saya baru kahwen dalam 2-3 bulan. Saya kahwen dgn adik kepada karkun. Wanita yang saya kahwen muda,umur 20 tahun. Dalam umur muda itu memang banyak yang dia tak tahu soal agama,cara bergaul dgn orang tua dan sebagainya. Semua ini saya dah tahu sebelum kahwen lagi.Saya sangka baik dan teruskan jugak perkahwenan.Harap2 semuanya ok lepas kahwen.

Alhamdulillah, isteri saya sedia ikut usaha dakwah (perlahan-lahan dgn keinginan yg kurang mantap). Juga dah keluar masturat 3 hari,pergi program mingguan. Alhamdulillah. Tapi, ada beberapa masalah yg timbul, isteri saya agak keras kepala dlm beberapa hal dan sering bad mood,masam muka. Bila ditanya 'kenapa?'..dia hanya diam. Situasi ini buat saya jadi bingung sebab berlaku agak kerap. Saya berusaha menegur secara hikmah dan kadang-kala keras. Hasilnya tidak menjadi.

Saya khuatir jika saya tersilap dalam memberi targhib,zihin kepada dia lantas membuat dia rasa tertekan. Dalam beberapa minggu kebelakangan ini saya memang agak kerap tinggalkan dia sorang2 di rumah kerana sibuk dgn takaza ijtimak. Jadi, sekarang berlaku perselisihan dgn isteri saya, puncanya dia enggan pergi program masturat kerana alasan 'bad mood'. Itu saya boleh terima dan bertolak ansur. Dan hari ini masih lagi terjadi perselisihan dan dia meminta utk pulang ke rumah @ kampung. Isteri saya mula cakap 'nak balik'..beberapa kali.

Jadi, apa pandangan ustaz? Saya umur 25,masih muda dan mentah dlm banyak hal. Saya ada terfikir adakah ini tanda tiada keberkatan dlm perkahwenan saya. Saya berkahwen dgn pilihan sendiri tanpa berkenalan atau pun berkawan dgn isteri.( karkun tolong carikan). Saya lihat dari air muka emak saya memang dia kurang 'berminat' dgn pilihan saya. Jadi saya mula memikirkan hal yg bukan2. Satu lagi, keluarga isteri saya sprti emak mertua, abang2 ipar semuanya bagus dan terima saya sbg 'karkun', terlibat dgn dakwah n tabligh. Emak mertua pun ada fikir agama dan suka anaknya pakai purdah dan keluar jemaah. Jadi minta nasihat ustaz?
Apa perlu saya buat? Mungkin jgk dalam hal ini berlaku kesilapan dari percakapan,perbuatan saya. Malangnya bila ditanya, isteri saya hanya diam,tidak mahu menjawab dan jelaskan apa masalah sebenar.

Maaf kerana mengganggu Ustaz.
Jazakallah Khair



JAWAPAN :

Salamualaik,

Pertama sekali saya mohon berbanyak kemaafan kerana lambat menjawab persoalan saudara kerana terlalu sibuk urusan pejabat serta masaalah komputer serta emails yang terlalu banyak untuk dibuka. Ini pun isteri saya yang ingatkan ada persoalan yang elum dijawab.

Persoalan di atas bukan hanya pada saudara sahaja malah kebanyakkan mereka-mereka yang baru berkahwin akan menghadapi situasi yang sebegini. Bagi permulaan perkahwinan serta ditambah umur muda yang masih mentah di alam perkahwinan, maka kita akan berdepan dengan banyak masaalah. Sebabnya ragam kehidupan bujang suami dan isteri kekadang terbawa-bawa di dalam alam perkahwinan. Maka ini akan menimbulkan ketidak serasian di dalam kehidupan permulaan perkahwinan.

Ada banyak perkara kita kurang memahami masaalahnya dan ada banyak perkara dia kurang memahami masaalah kita. Maka ini memerlukan sedikit kesabaran dan toleransi di dalam rumahtangga. Perlu diingat bahawa peringkat permulaan perkahwinan ini masing-masing perlu ikram dan memahami masaalah masing-masing serta perlu syer masaalah tersebut. Maknanya masaalah dia adalah masaalah kita dan masaalah kita juga adalah masalah dia. Ringkasnya masaalah kita bersama.

Perlu dingatkan bahawa selepas aqad nikah maka kita terpikul dengan tanggungjawab yang besar di alam rumahtangga. Semua risiko ini suami perlu menaggung semuanya. Inilah yang dikatakan lelaki atau suami. Selepas aqad kita kena faham bahawa dia adalah isteri kita yang TERBAIK yang telah ditentukan oleh Allah swt kepada kita. Apa pun perasaan yang ada pada kita namun dia adalah isteri yang terbaik buat kita. Sebagaimana firman Allah :

 " . . . Sesuatu yang kita benci kekadang ianya baik bagi kita. Dan sesuatu yang kita suka kekadang buruk bagi kita dan Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah 216)

Juga firman Allah swt ," Dan di antara tanda-tanda (kebesarannya) ialah ia menciptakan kamu berpasang-pasang untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu merasa tenang dengannya, dan menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Ar-Rum 21)

Untuk terhasil rumahtangga yang digambarkan dalam ayat di atas maka fikir dan kerisauan agama perlu ada pada kedua suami isteri. Dalam bahasa remi fikrah agama. Dan ini perlu kita fahami bahawa fikrah ini tidak akan terhasil tanpa agama dibawa masuk ke dalam rumahtangga. Untuk terhasil fikrah ini maka perlu kita terlibat di dalam usaha dan amalan keagamaan secara lansung. Perlu kita fahami bahawa agama datang kepada Balqis dan penduduk Sabak adalah melalui kerisauan dan fikrah keagamaan yang ada pada burung hud-hud. Begitulah juga di dalam rumahtangga kita. Maka usaha agama serta amalan keagamaan perlu dibawa masuk namun hikmah dan toleransi tidak boleh disisihkan.Contoh terbaik adalah Rasulullah saw sebagaimana sabdanya :

 " Sebaik kamu, sebaik kamu adalah dia yang berlaku baik terhadap isterinya.Dan aku perlaku baik terhadap isteriku" (Mahfum Hadis)

Rasulullah pernah ditanya oleh sesaorang," Bagaimana aku mengetahui aku adalah orang yang baik? Jawab Nabi saw, " Jika isteri kamu berkata kamu baik maka sebenarnyalah kamu seorang yang baik." (Mahfum Hadis)

Jadi hikmah dan bersabar inilah paling penting bagi suami. Isteri sememangnya begitu, malah mereka yang telah lama berkahwin pun kekadang isteri mereka juga kurang memahami serta menolak amalan keagamaan. Maka ini tergantung kepada hidayah dari Allah swt yang tentunya akan terhasil melalui mujahadah dan doa. Dikata Umar r.a pun isteri beliau selalu menolak dan banyak bersongeh dengan beliau.

Pernah satu ketika seorang sahabat r.a datang ke rumah Umar r.a untuk mengadu perihal isterinya yang cerewet dan bermasaalah. Ketika sampai di rumah Umar r.a maka beliau dapati isteri Umar r.a berleter serta bersongeh dengan beliau. Namun Umar r.a hanya berdiam sahaja mendengar isterinya berbuat demikian. Apabila ini didengar oleh sahabat tersebut ia pun bergerak berlalu dari rumah Umar r.a dengan perasaan isteri khalifah pun sama dengan isterinya. Apabila dilihat oleh Umar r.a maka ia pun memanggil sahabat berkenaan dan bertanya tujuan beliau datang menemuinya. Jawab sahabat berkenaan," Aku datang menemuimu kerana bertujuan untuk menceritakan kepadamu masaalah isteri aku yang suka bersongeh dan berleter padaku." Umar menjawab," Dia adalah isteri kita, dialah yang membasuh pakaian kita, dialah juga yang mendidik dan memelihara anak-anak kita, dialah yang memasak untuk kita dan yang penting dia memelihara kita dari berlaku zina. Sedikit kesalahannya maka maafkanlah dia."

Selain itu isteri kita perlu diikramkan. Maksud saya di dalam kesibukkan kita memberi masa untuk kerja agama maka dalam waktu yang sama tidak boleh kita lupa hak isteri dan anak-anak. Ini sebenarnya ditekankan oleh elders kita. Lihat sahaja bayan Maulana Tariq Jamil baru-baru ini, keselurohan bayannya selepas menceritakan kehebatan dan keagungan Allah swt serta kemulian dan pengurbanan Nabi saw beliau lansung menceritaka hak isteri dan anak-anak. Beliau lansung tidak menceritakan kepentingan kerja agama dan dakwah sebagaimana bayan-bayan yang biasa kita dengar. Ini berkumingkinan antara masaalah besar karkun Malaysia adalah kekurangan ikram dan ambil peduli urusan isteri dan anak-anak.

Apabila isteri dan anak-anak tidak faham maka sukar untuk kita memberi masa untuk kerja-kerja agama. Sering kali kita dengar kata-kata sesetengah elder kita, "Apabila satu dunia suka dengan tabligh tetapi isteri kita tidak suka tabligh maka sukar untuk kita keluar tabligh. Namun bilamana satu dunia tidak suka tabligh tetapi isteri kita suka tabligh maka mudah bagi kita keluar tabligh."

 Insyaallah jika kita buat usaha dengan cara Nabi saw sebagaimana dikehendaki oleh orang tua-tua kita, maka pasti dan pasti kita akan maju di dalam usaha ini. Tanda maju dalam usaha bilamana takwa kita bertambah, akhlak dan sifat berubah bersamaan dengan sunnah, isteri dan anak-anak kita berubah serta kehidupan keluarga kita mirip kehidupan Rasulullah dan sahabat. Maka sebenarnya kita telah maju miski pun marhalah kita tidak dapat keluarkan jemaah yang banyak ke seluroh dunia.

Wallahaualam.

10 comments:

HijabRockers said...

Assalamu'alaikum

Dari pandangan saya seorang ahlia karkun (alhamdulillah) yang baru 7 bln berumahtangga, sebaik2nya tuan duduk berbincang hati ke hati dengan ahlia tuan.

Tuan bagi penerangan pada ahlia kenapa tuan perlu buat apa yg tuan buat. Tuan kene terangkan kelebihan2 seorang ahlia yg redha dan sokong perjuangan tuan kembangkan usaha dakwah Rasulullah ni.

Bila nak keluar rumah atas tujuan dakwah, tuan kene inform pada ahlia. Janganla keluar mcmtu aje. Terangkan apa tuan kene buat dan kenapa. Contohnya tuan kata takaza ijtimak, kan? Cuba tuan terangkan takaza tu apa, ijtimak tu apa, apa keje kene buat sempena ijtimak, etc.

Kalau ada peluang bila2 nnt, tuan bawak dia sekali ke mesyuarat markaz (kalau tuan markaz SP la). Biar dia dengar dan tgk sendiri apa yg berlaku. Biar dia dengar maulana bagi bayan etc. Sekali pun jadilah.

Usahakan untuk banyak libatkan dia dalam keje tuan. Contohnya tuan pegi tasykil karkun lain, tuan bawak dia sekali, letak dia kat umah karkun tu biar dia berkenalan dengan ahlia org lain. Guna jemaah tasykil halaqah tuan, mintak ahlia diorang tlg tasykil ahlia tuan slow2. Hantar dia pegi nusrah jemaah.

Jangan banyak biar dia duduk sorang2 pikir tahapahapa. Sunyi. Lagi2 baru kawin, tapi suami takder. Tuan bleh cuba bagi dia amalan untuk dia cuba istiqomah. Contohnyer tuan suruh dia jangan lupa baca Sajadah dgn Al-Mulk lepas maghrib and baca taklim jangan miss tiap2 hari. Tuan luangkan masa nak taklim dengan dia dan bagi muzakarah 6 sifat. Cek dia mengaji etc.

InshaAllah isteri tuan akan seronok dgn keje tuan ni sebab tuan banyak libatkan dia dan bagi motivasi. Kuncinya ialah sabar sebab dia muda dan bukan dah ikut usaha dr sebelum nikah.

Tuan kene banyak2 syukur sbb ahlia tuan dah pegi taklim, khuruj masturat, berfurdah, etc.

Ini pandangan saya seorang ahlia. Saya tak pandai bagi nasihat mcm yg ustaz bagi. Ilmu saya tak sampai tahap tu. Tapi saya boleh faham hati dia sbg seorang ahlia yg bernikah atas recommendation orang =). Syukur dapat suami karkun yg istiqomah nak buat usaha dakwah. InshaAllah tuan istiqomah, nnt ahlia akan terkesan dengan usaha tuan.

Saya doakan semuanya baik2 aje. Aamiin =)

azharjaafar said...

selalu la bawa ahlia tu jenjalan makan angin.. mudah²an angin dlm badan tu boleh tukar dgn angin baru..

azharjaafar said...

err.. lagi satu.. pastikan enjin ok & long lasting..

*maaf ustaz.. komen 2 kali.. ahaks..

Norsha said...

Salam,
Tn baru berkahwin, masih dalam peringkat kenal mengenali, tentulah ada ujian dan cabaran. Hidup berumahtangga mmg ada duri ranjaunya tapi setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Bykkan bersabar, berdoa dan berkomunikasilah dgn sebaik2nya, dari hati ke hati, wanita ni keras macammanapun andai kena caranya, InsyaAllah lembut juga hatinya, tambahan usianya masih muda perlu banyak bimbingan dan tunjuk ajar,beri masa kpdnya dan tunjukkn anda ambil berat akan dirinya, jgn berputus asa dan jangan fikir yg bukan-bukan.....dia masih muda, mungkin dia sunyi waktu anda tiada, dia perlu masa utk memahami kehidupan sebagai isteri karkun yg selalu ditingalkan, beri sokongan dan kata-kata semangat kepadanya...

Anonymous said...

kene romantik sikit tuan..sekali sekala..Rasulullah saw suami yang paling romantik walaupun sibuk dengan takaza agama siang malam pikir umat..insyaAllah :D

Ismi Ijmi said...

like komen hijab rockers

Anonymous said...

mungkin ada hak ya kurang diamal 2 tuan.....

Bijen M. said...

Pada firasat saya, ahlia tuan tu ada masalah dengan ahlia lain sewaktu ahlia karkun lain waktu program masturat.
Pecah hati gamoknya.
WA.

Unknown said...

waalaikumussalam,,

jazakallah khair kathiraa..

tuan2 doakanlah kat tuan soalan tu,moga dia dapat jadi suami yg baik n menepati sunnah Nabi saw..apa juga sangkaan tuan puan kpd tuan soalan tu InsyaAllah ada khair..

AHLIA NAIEM said...

50assalamualaikum..
tuan empunya surat,

ssghnyanya ana memahami hati sanubari ahlia tuan sbbnya ana pn dulu mcm tu malah lebih keras hati ana lebih dr keras seketul batu..

masyaAllah, ana tak sangka Allah betul2 plh ana buat usaha agama ini..

hmm..semua yg kwn2 bg komen kt sini byk benarnya..

ana cuma nak tambah sikit..ambillah ini sebagai tips dr suami ana..

disaat isteri tuan berdiam dan membatu..duduk dekat dgnnya dan bacakan surah TOHA pd ubun2nya..

insyaAllah, hati tuan kene yakin seyakin yakinnya dgn ayat Allah ini..

lihat bagaimana sekeras hati saidina Umar ra (sblm islam) boleh dicairkan dgn surah TOHA ini..insyaAllah..yakin dgn pertolongan Allah..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin