MAKLUMAN :


widgeo.net

Friday, January 15, 2010

Sejarah Ringkas Perkembangan Jemaah Tabligh di Malaysia


Jemaah terawal yang dihantar oleh Markaz Tabligh sedunia di Nizamuddin, India ke Asia Tenggara ialah pada tahun 1952. Ianya zaman ketika Maulana Yusof menjadi amir (Hadratjie) Jemaah Tabligh. Ini terhasil dengan kedatangan Jemaah India ke Malaya dan Indonesia waktu itu.Selepas itu beberapa jemaah khusus dari Tamil Naidu yang datang ke Pulau Pinang melalui Madras dengan menggunakan kapal laut S.S Rajula dan juga Sindambaram. Jemaah khas dari Tamil Naidu dihantar pada waktu itu memandangkan ramai saudara Islam ketika itu yang menetap di Pulau Pinang terdiri dari keturunan India berbahasa Tamil.

Maka masjid-masjid yang menjadi tempat persinggahan keluar masuk jemaah ketika itu adalah masjid-masjid di bawah seliaan masyarakat India Muslim, masyarakat ‘Benggali’ (Bangladesh) dan juga masyarakat Pakistan. Ini berlaku sehingga tahun 1980an yang mana imam-imam Masjid Benggali terdiri dari orang Bangladesh. Masjid-masjid yang di bawah seliaan masyarakat India Muslim, Bangladesh dan Pakistan ini akhirnya menjadi markas-markas Jemaah Tabligh di negeri-negeri di Malaysia. Seperti Markas Pulau Pinang Masjid Benggali, Markas Kuala Lumpur Masjid India, Markas Seremban Masjid Pakistan Rahang, Markas Sinagapura Masjid Bencoolen, Markas Jertih Masjid Pakistan dan di Sarawak Masjid India Kucing. Walau pun sesetengah Masjid India dn Pakistan yang terdapat di negeri-negeri di Malaysia tidak menjadi markas, namun ianya menjadi tempat pesinggahan jemaah yang datang khusus dari India ,Pakistan dan Bangladesh. Ianya seperti Masjid Nagor Alor Setar, Masjid India Ipoh, Masjid India Kuala Pilah, Masjid Pakistan Bahau, Surau India Batu Pahat dan banyak lagi.

Bukan hanya di Malaysia malah di tempat lain pun begitu seperti di Indonesia. Di Medan Masjid India Jalan Gajah, Masjid India Kota Padang (Masjid Muhamaddan). Di Thailand Masjid Haroon, Masjid India Ranong, Masjid India Hatyai. Selain itu juga Masjid India Ho Chii Minh, Masjid Pakistan Prit Para Pnom Penh, Masjid India bandar Hong Kong dan lain-lain tempat.

Disebabkan perkembangan awal Jemaah Tabligh di Malaysia bermula di Pulau Pinang maka ianya terus berkembang di bandar-bandar yang mana terdiri dari penempatan masyarakat India Muslim seperti di Kuala Lumpur dan Singapura. Ianya terus berkembang ke bandar-bandar yang lain sehinggalah seawal tahun 70an beberapa orang Melayu turut terlibat secara aktif dengan jemaah ini.

Peringkat awal di Pulau Pinang, mereka-mereka yang terlibat adalah Hj Mohd Habibullah (Habib Penang), Syed Abu Bakar, Syed Mohd.Baquir, Amir Ibrahim. Selain mereka juga bapa kepada Mohd.Naim Sri Petaling serta beberapa orang lagi yang tidak dapat dipastikan. Kebanyakkan mereka yang disebutkan tadi menjadi Syura P.Pinang dan juga Syura Malaysia. Selain mereka yang juga awalin yang turut terlibat keluar IPB (India,Pakistan dan Bangladesh) iaitu pada tahun 1973. Mereka-mereka adalah Nagor Ghani, Abd Ghafur, Abd.Ghani Champion Motor,Hj.Sultan Kg.Melayu, Hj.sultan Sayor, dan juga di ikuti oleh Hafiz Yaakob Ansari. Hafiz Yaakub Ansari adalah seorang alim 4 mazhab. Beliau adalah awalin yang terlibat menterjemahkan kita Fadhilat Maulana Zakaria rah. Namun sebelum itu ada ulama Melayu yang menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tulisan jawi alam kitab kuning yang tidak dikenali penterjemahnya. Penulis pernah membacanya sewaktu keluar pada tahun 1979 di daerah Guar Cempedak waktu itu. Cuma kitab ini tidak digunakan sebagai taklim. Seingat penulis ianya adalah kitab Fadhilat Tabligh.

Selepas dari pekembangan tersebut usaha Jemaah Tabligh turut disertakan oleh orang-orang Melayu. Ini termasuklah Abang Arsyad, Abang Bakar, Ustaz Abd.Razak Kedah, Ustaz Hassan Kelantan, Syeikh Muhamad Batu Pahat, Ustaz Muhsin, Dato Pakjang Haris, Hj.Muda Terangganu serta mereka-mereka yang tak dapat disebutkan di sini.
Usaha Jemaah Tabligh ini semakin rancak apabila pelajar-pelajar Melayu dari Institusi Pengajian Tinggi turut terlibat seperti Syed Nasir Keramat, Muharam, Hisyam Penanti, Wak Umar Sri Petaling, Cik gu Syamsudin Jitra, Utaz Kamal, Hj. Baharudin Ali (adek kepada Dr.Hassan Ali) dan lain-lain. Seinggat penulis sekitar awal 80an begitu ramai pelajar dan anak muda yang terlibat dengan usaha ini yang mana dari merekalah usaha yang mulia ini sampai kepada masyarakat Melayu yang sebelumnya beraggapan ianya satu usaha orang India Muslim dan Pakistan.

Selepas Ijtimak pertama kehadiran Hadratji Maulana Inamul Hassan rah pada tahun 1982 , maka usaha semakin pesat berkembang sehinggalah ke hari ini.

Wallahua’lam.
(Sumber Dari Dr.Hanafi Penanti dan Beberapa Tambahan Penulis)

u/p : Sesiapa yang ingat atau mungkin juga penulis tersilap atau tercicir sila buat tambahan pada komen artikel.

11 comments:

mrdin said...

"... dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa " ( Al- Hajj:40 )

moga hidayat tersebar ke seluruh alam...amin ya Allah...doakan, ust.

ziarah76 said...

assalamualaikum ustaz,

Wah wah... begitu besar jasa orang2awalin. terima kasih ustaz tulis camni boleh gak orang baru macam saya baca.

Memandangkan salah satu sorang sumber ustaz adalah dr. hanafi penanti, rasanya boleh cerita sikit pasal Tuan Guru Haji Salleh atau pak ngah leh yg juga syura Penanti dan syura Msia.
Dia anak ulama nusantara yg terkenal, Syeikh Uthman Jalaluddin yg menubuhkan pondok kubang ulu, Manabil Ulum Penanti. (Syeikh Uthman org kelantan yg juga anak murid tok kenali yg melanjutkan pelajaran ke Mekah, habis belajar tak balik Kelantan tapi terus ke Kubang Ulu Penanti buat pondok. (Syeikh Uthman ada kaitan saudara dgn Syeikh Abdullah Fahim kerana pertalian perkahwinan saudara mara. Abdullah Fahim ialah datuk kpd bekas PM, Abdullah Ahmad Badawi. Pondok Abdullah Fahim ialah Maarif Al-watani Kepala Batas).
Anak Syeikh Uthman ialah Tuan Guru Haji Salleh, rasanya sekarang dah 83 tahun kalau tak silap. Beliau duduk di Mekah. Tapi bulan Ramadan selalu balik Malaysia dan dulu saya sempat beberapa kali bertemu dgn beliau.
Ijtimak hari tu dia hadir. Bulan puasa lalu, beliau balik dah ubah hari malam markaz penanti daripada Sabtu malam Ahad kepada Jumaat malam sabtu (kalau tak silap). Tapi saya dah 2 tahun meninggalkan Penanti, pindah mahalah di JB jadi byk yg tak tau.
Tuan Guru pernah karkuzahri kpd kami dia keluar/bertemu Maulana Yusof rah. Dan dia pernah keluar di masjidil aqsa sebelum peristiwa pertama kali baitulmaqdis diserang. Sampai sekarang Palestin terus kecoh.
Dia kata sblm time2 musuh datang, masjid2 pun orang Islam dah tak datang solat. Akibatnya Allah hantar orang Yahudi.
Saya juga pernah dengar karkuzahri jemaah india yg antara yg awal datang penang, dikatakan kebanyakan mereka kurang bercakap, lebih kepada amal, ikram dgn akhlak mulia.
Kelebihan bahasa di Penang ialah banyak orang India Muslim maka dakwah tersebar cepat di kalangan komuniti itu dahulu sblm ke orang Melayu.

--Sekian, maaf kalau tersilap. Dan maaf juga sbb terpanjang komen.

KiLaT said...

usaha dah maju. gua dah 22 tahun terjebak tapi masih tak berganjak. kadang setapak kadang qiam tak bergerak. semoga Allah pilih lagi dan lagi sampai mati.

Al-Alorstari said...

Ziarah76,

Jazakallah atas maklumat tambahan.Tahun selepas saya keluar di Kelantan. Antara tempat yang jemaah saya masuk adalah di Sering,Kota Bahru. Mengikut maklumat yang saya dapat Tn.Guru Hj.Salleh katanya berasal dari Daerah ini.

Masih lagi ramai keluarga beliau di sini.

awas said...

perinkat awal usaha ini hanya d kalangan org india muslim/pakistan.pada tahun 60an tuan hj ab bari telah menjadi amir jemaah tabligh pg.asbab pengorbanan beliau dan adiknya tn hj ab majid usaha ini telah meningkat berkembang hingga kini.

amir ibrahim mula buat usaha tahun 68,syed bakar tahun 74,habib penang buat usaha selepas amir ibrahim dan syed baquir.ghafoor,bada wahab, naina mohd di antara org awal 60an,ramai lagi.mereka keluar 4bulan thn 66/67.org melayu yg pertama keluar 4bln thn 67 hj ismail dari kg makam[bukan pak mail ikan]

di antara org melayu awalin ialah amir kurus,latif hospital,osman janggut dan syarif kastam dan ramai lagi.mereka buat usaha dari tahun 67.bakar mansor,tajudin dan beberapa org lagi thn 71/72.ustad razak 71/72.

kebanyakan jemaah india/pakistan
ialah utk ke indonesia.oleh kerana taada pejalanan terus ke indonesia mereka singgah d penang dahulu,dtg dgn kapal rajula.tahun 74 baru kapal chindabaram beroperasi.

ram ai moulana yg dtg dahulu berbahasa urdu seperti moulana mustaqim dan lain2.di sinilah peranan hj abdul bari dan hj ab majid mereka boleh bahasa urdu.hj
ab bari boleh 4 bahasa.jadi setiap jemaah yg dtg mereka akan pergi berjumpa hj ab bari.

hj abdul majid adalah org awal yg buat usaha d bukit mertajam dan penanti asbab usaha beliau tn guru haji saleh dapat usaha pd thn 74 semasa kedatangan moulana lutfur rahman.
hazrat ji moulana inamulhasan pernah ziarah hj ab bari di hospital pada thn 72.hj ab bari masuk hospital sekembalinya dari mekah,tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia.

mesyuarat buat keputusan melantik hj ab majid menjadi amir tetapi belaiu tolak.

usaha atas student yg banyak buat pengorbanan ialah syed zain.beliau buat usaha siang dan malam tanpa kenal penat lelah mula dari thn 74.ada student sperti syed nasir tetapi yg betul betul buat usaha ialah syed zain.beliau pertama kali keluar 3hari thn 72.

[hazrat pertama kali dtg pada thn 1972.]
hasrat nizammuddin ialah indonesia,
jemaah di hantar kebanyakan adalah utk indonesia.tetapi kehendak ALLAH swt.penang jadi tempat transit.syukur Alhamdulillah.

kepada saudara hanafi tolong buat kajian dahulu,jgn hentam sahaja.
saya akan sambung lagi lain kali INSYALLAH.

shams said...

Salam, Mohon mencelah, adakah Tuan Guru Haji Salleh merujuk kepada arwah Haji Salleh (Pok Leh) yang tinggal di Panchor iaitu abang kandung kepada Arwah Haji Abdullah Arshad (bekas Ahli Parlimen PAS).

Sebab Arwah juga kuat memimpin tabligh semasa hayat dan meninggal kemalangan kalau tak silap di negeri orang.

Beliau bekas guru saya semasa di Pondok Tok Ayah Kedah (pondok yang diasaskan oleh ayah beliau) yang mana mengajar setiap isnin satu ketika dulu.



PERSONAL BLOG ABOUT LEGAL & MY PERSONAL LIFE

Al-Alorstari said...

Shams,

Tuan Guru Hj.Salleh adalah bukan tuan guru yang saudara maksudkan tetapi Tn Guru Hj.Sallaeh adalah anak kepada Tn.Guru Osman Jalaluddin yang terkenal satu masa dahulu. Beliau adalah pengasas Pondok Manabil Ulum, Penanti.

Sebelum ini Tn.Guru Hj.Salleh mempunyai dua kerakyatan, Malaysia dan Saudi. Beliau diminta pilih oleh kerajaan Saudi samaada Kerakyatan Saudi atau Malaysia. Maka beliau memilih Kerajaan Saudi.

Beliau mempunyai hartanah di Mekah dan sekrang ini menetap di mekah,Saudi.

Pusat Asuhan Tunas Islam Melaka said...

Salam buat penulis & pembaca. Dalam membincangkan "Sejarah Jemaah Tabligh di Malaysia" di antara negeri yang tidak boleh dinafikan peranannya ialah Melaka...(Dimana Segalanya Bermula). Masih ingatkah pembaca kisah "Pengharaman Jemaah Tabligh di Melaka" sekitar tahun '90an yang lalu oleh Mufti Melaka di atas arahan Ketua Menteri, YAB DSAR Tamby Chik. Ini bermakna, kegiatan jemaah tabligh di Melaka tidak kurang hebatnya, di mana Masjid Tengkera telah dijadikan markas tabligh pada setiap hujung minggu sejak dari tahun '60an lagi. Dalam tempoh itu Masjid Tengkera telah dikunjungi ribuan jemaah tabligh, termasuk maulana2 besar dari Pakistan, Afghan, India, Mesir, Saudi, Rusia dan tidak ketinggalan beberapa artis tanahair yang berjaya didampingi jemaah tabligh seperti Jamal Abdillah dan lain2. Mungkin ramai yang masih ingat kunjungan angkasawan Amerika, Neil Amstrong yg telah memeluk Islam turut menyertai jemaah tabligh ke Markas Masjid Tengkera sekitar tahun 1988. Wallahu a'lam.

pyanTX3 said...

Jamat Tabligh menggunakan alasan-alasan yang dicipta dalam fikiran mereka dan menggunakan logik yang tidak berpandukan Quran dan Hadis sehingga umat Islam tidak boleh melakukan kerja dakwah bukan Islam. Ada beberapa ahli Jemaah Tabligh berpendapat bahawa menangguhkan kerja dakwah kepada bukan Islam adalah ‘hikmah’ ulama mereka. Allah mengetahui hikmah dan tidak ada yang tahu hikmah melainkan Allah dan Allah mengajarkan hikmah kepada Nabi Muhammad saw. Apabila umat Islam beramal cara seperti Nabi Muhammad saw maka umat Islam akan mempunyai hikmah dan ketika umat Islam tidak beramal cara seperti Nabi Muhammad saw maka ketika itu umat Islam membuat fitnah. Apabila tidak melakukan dakwah kepada bukan Islam seperti Nabi Muhammad saw maka umat Islam membuat fitnah dan ulama yang menghentikan orang Islam daripada melakukan kerja dakwah bukan Islam sebenarnya menyebarkan fitnah. Apabila orang Islam berhenti membuat kerja dakwah kepada bukan Islam, Allah tidak suka pada orang Islam dan Allah campakkan banyak fitnah pada orang Islam.

Saya menyimpulkan bahawa Jemaah Tabligh bukanlah sebuah gerakan dakwah seperti yang didakwa oleh mereka. Jemaah Tabligh hanyalah salah satu daripada banyak kumpulan-kumpulan tarikat dan seperti semua kumpulan tarikat lain, mereka biasanya sangat mengagumi ulama mereka berbanding Nabi Muhammad saw. Ketika mereka memberikan kuliah, mereka lebih sering memetik kata-kata dari ulama mereka berbanding Al-Quran dan Hadis. Ketika ahli Jemaah Tabligh menziarahi seseorang Muslim, mereka tidak meminta agar orang tersebut untuk mematuhi perintah-perintah Allah, untuk melakukan kerja dakwah dan untuk melakukan solat lima kali sehari dengan berjemaah tetapi mereka lebih tertarik untuk mengajak orang tersebut untuk menyertai kumpulan mereka dengan cara keluar di jalan Allah selama tiga hari, empat puluh hari atau empat bulan. Pada akhir setiap ceramah, mereka juga akan meminta para pendengar untuk menyertai kumpulan mereka dengan cara yang mereka panggil keluar di jalan Allah selama tiga hari, empat puluh hari atau empat bulan. Mereka hanya berminat pada jumlah orang yang menyertai kumpulan tarikat mereka dan mereka tidak berminat dalam menegakkan perintah Allah. Meskipun lebih daripada sembilan puluh tahun Jemaah Tabligh bergerak, tetapi perintah Allah yang pertama iaitu dakwah kepada bukan Islam, untuk menyampaikan kalimah mulia kepada mereka masih belum dihidupkan.

Ketika Syeikh Muhammad Ilyas memulakan usaha dakwah, usaha ini tidak punya nama dan pada waktu itu umumnya dikenali sebagai usaha mengajak manusia kepada kalimah dan solat. Pada masa itu, itulah kerja dakwah yang sebenar dan Syeikh Muhammad Ilyas telah pergi berjumpa manusia di rumah-rumah dan ladang-ladang mereka untuk mengajak mereka untuk mengucapkan kalimah dan meminta mereka untuk melakukan solat lima kali sehari. Selepas kematian Syeikh Muhammad Ilyas usaha dakwah telah di’ubahsuai’ oleh orang selepasnya dan menjadi sebuah ‘kumpulan tarikat’ dengan nama Jemaah Tabligh. Mereka hanya berminat untuk memberi bayan dan ceramah yang panjang-panjang daripada melakukan kerja berjumpa manusia di rumah-rumah dan ladang mereka seperti yang dilakukan oleh Sheikh Ilyas. Oleh kerana itu, saya menyimpulkan bahawa Jemaah Tabligh sekarang bukanlah gerakan yang melakukan kerja dakwah dan tabligh atau usaha Nabi Muhammad saw seperti yang didakwa mereka. Bahkan, jemaah ini hanyalah salah satu daripada kumpulan tarikat yang dibangunkan oleh orang-orang Islam di India dan ahli-ahli menyebutnya dengan nama Jemaah Tabligh. Oleh itu, ia wajar dikenali sebagai ‘Kumpulan Tarikat India

kijang darulnaim said...

Assalamu 'alaikum WarahmatuLLahi Wabarakaatuh.

Mengikut apayang saya dengar dari karkun lama Pulau Pinang, ameer jemaah yang pertama Pulau Pinang ialah Haji Abdul Bari (ayah kepada sahabat saya Muhammad Naim Bin Abdul Bari, kini tinggal di Sri Petaling). Beliau dilantik menjadi ameer pertama Pulau Pinang dalam tahun 1957.

WaLLahu a'lam bissawab.

hasri.blog said...

assalamualaikum, al-faqir mohon admin share sumber penulisan artikel ini sama ada rujukan mahupun buku? sila email ke hasri91@gmail.com

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin