MAKLUMAN :


widgeo.net

Saturday, January 30, 2010

Hukum Rejam Bagi Penzina

Di bawah ini penulis sertakan gambar hukum rejam bagi penzina yang dilaksanakan di Somalia. Gambar ini Penulis menerima melalui email beberapa hari yang lalu.

Penzina Diletakan Ke dalam Tanah (Mungucap Kalimah)



Penzina Direjam Dengan Batu



Manyat Penzina Ditarik Keluar



Sedikit Huraian Berkaitan Hukum Zina:

Perzinaan ialah persetubuhan yang dilakukan oleh seseorang lelaki dan wanita di luar nikah yang sah, atas dasar disengajakan dan keduanya mengetahui, bahawa persetubohan itu dilarang keras oleh agama.

Firman Allah swt :

“Perempuan dan lelaki yang berzina, maka rotanlah mereka oleh mu, tiap-tiap seorangdari keduanya sebanyak seratus kali rotan. Dan kamu tidak boleh merasa sayang kepada keduanya dalam perkara agama (hukum ) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, dan hendaklah hukuman keduanya itu disaksikan oleh segulongan orang-orang yang mukmin.” (An-Nur : 2)

Hadis Nabi saw :

Dari Ubadah bin Samit ra dari Nabi saw ia bersabda,” Ambillah oleh mu (peraturan) daripada aku, Ambillah daripada aku, sesungguhnya Allah telah memberikan jalan untuk mereka, iaitu perawan dan jejaka, hukumannya di rotan sebanyak 100 kali rotan dan dibuang daerah selama 1 tahun. Janda sama duda, hukumnya dirotan sebanyak 100 kali rotan serta direjam.” (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

Di dalam Tafsir Khazin menyatakan, “Telah ijmak (sepakat) seluroh ulama, bahawa perawan/jejaka yang berzina di jatuhi hukuman rotan sebanyak 100 kali, sedangkan ‘Mushan’ yang berzina dijatuhi hukuman Rejam (didera dengan batu).”

Berkata pengarang Kitab I’anah At-Talibin disyaratkan Ihshan (Muhshan) dalam perkara Had ini :

a) Baligh
b) Berakal
c) Merdeka
d) Talah merasakan persetubuhan yang halal (telah pernah kahwin)

P/S : Perlaksanaan hukum tidak akan sempurna jika amalan Dakwah ditinggalkan. Bahkan dengan dakwah ianya akan membawa manusia kepada takwa dan melalui takwa manusia akan menghindari zina. Jika terjebak dengan zina pasti akan diiringi dengan taubat dan tangisan serta rela untuk dihukumkan.

Wallahu'alam

16 comments:

aishah_conteng_je said...

ya allah..sngguh..menggigil tengok.

abang, soalan:
di zaman rasulullah, berapa kali hukuman rejam ke atas penzina pernah dijalankan?

مسافر_اسلام said...

Salam ustz,
ini baru balas di dunia. Balasan di akhirat belum di laksanakan. Hanya dengan bertaubat dapat menghilangkan dosa2 yang lamapu.

Ada ini cara yang betul dgn menanam penzinar di dlm tanah ya ustz?

salam

bwh said...

Hamba Allah yg malang tu dah selamat ditunaikan haknya didunia ni iaitu dihukum mengikut syarak. Tentu saja dia sempat berdoa dan bertaubat selepas merasa sakit pada lontaran2 permulaan sebelum rohnya dicabut. Saya pasti Allah SWT yg Maha Penyayang menerima taubatnya dan bidadari syurga yg tak tergambar cantiknya menanti hamba Allah ini. Amin

bwh said...
This comment has been removed by the author.
QuLMinD said...

Assalamualaikum,

Qulmind cuba bantu jawab dgn secebis ilmu yg ada.

berapa kali hukuman rejam pada zaman Rasulullah,wallahu a'lam. insyallah sy serahkan pada Ust Hambali atau sahabat2 yg lebih 'arif utk m'jwb.

buat مسافر_اسلام,
Apabila hukuman hudud dilaksanakan, maka akan gugur hukum/balasan di akhirat.
Kerana hukuman hudud adalah had yg telah ditentukan sendiri oleh Allah swt,dan dijalankan secara syarak melalui perantaraan nabiNya.

Jadi mustahil bagi Allah menzalimi hambaNya.

"dan sekiranya bukan kurnia Allah dan rahmatNya kepadamu, (nescaya kamu akan menemui kesulitan). Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Bijaksana."
-surah an-Nur : 10

Sekadar menyampaikan ilmu yg ada,
Wallahu wa rasuluhu a'lam.

QuLMinD said...

*Maaf,sedikit tambahan.

Jika hukuman hudud tidak dilaksanakan, maka pendosa akan menerima balasan di akhirat dr Allah swt sendiri.

Maksudnya di sini, di dunia manusia boleh lepas, tp tunggulah balasan di akhirat.

Jd,kita yg pilih sama ada nk kena azab dunia atau akhirat?

jika kita jlnkan hudud semasa di dunia lg,sah2la kita telah diampuni dan digugurkan dosanya.

tp jika berani utk merasa azab Allah yg amat perit,silakan.
NA'UZUBILLAH!

Sedih sbb ramai yg masih kurang pengetahuan tentang hukum hudud ni.

Sedangkan Allah sendiri bersifat belas kasihan pd hambaNya.Tp manusia itu sendiri yg menzalimi dirinya sendiri.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala pelihara kita dr azabNya.
AMIN YA RABB!!

Harap sahabat2 semua sampai menyampaikan tentang hukum hudud ini.

WALLAHU A'LAM.

مسافر_اسلام said...

Salam Qulmind, syukran atas pendapat dan pegetahuan yang diberikan.

Semoga apa yang kita tahu dapat kita sampaikan pada mereka yang masih tidak tahu, semoga Allah merahmati kita semua.

Jazakallah.

Peluncur Islam said...

ya Allah..

minta copy ustaz...
jazakallah

Ibnu Mutalib said...

ana pernah dgr,walaupon kene hukum dunia,kita belum dapat pastikan yg die terlepas hukum akhirat,berdasarkan sebuah adith nabi.. baginda tegur seorang sahabat yang kata yang kena hukum rejam selamat di akhirat,...harap ustaz leh clearkan...

Al-Alorstari said...

aishah,

Hanya ada dua kejadian zina di zaman Rasulullah saw. Pertama berlaku pada Maiz r.a dan kedua ke atas Khamidiah r.ha. Kedua-duanya dihukum rejam oleh Rasulullah saw.

Al-Alorstari said...

Ibnu Mutalib,

Rasanya teguran itu bukan begitu tetapi berkaitan kata-kata hina kepada Khamidiah rha. Ini terdapat didalam beberapa kitab hadis juga di dalam Tanbihul Ghafilin. Syeikh Nuruddin ketika saya berada di dalam Kuliahnya juga berkata demikian. Yang beza hanyalah kelebihan taubat Khamidian sahaja.

Wallahu'alam.

Al-Alorstari said...

QulMind,

Jazakillah atas penerangan yang baik.

Peluncur Islam said...

hudud mencegah dr luar
solat mencegah dr dalam..

emmm...

mohammad firdaus said...

selayaknya bagi penzina akan hukuman ini,tapi zaman mutakhir nie,manusia yang berasa diri mereka maju namun sebenarnya telah terpesong jauh...usaha atas iman lebih penting dari segala-galanya....

Reverie Malaya said...

Salam Al-Alorstari,

Merujuk kepada komen saudara kepada Aisyah bertarikh 1 Februari jam 6.39pm.

Sebenarnya terdapat satu lagi kes zina oleh sepasang Yahudi. Hadis untuk kes ini boleh didapati didalam sahih bukhari hadis 4211 di link ini: http://www.guidedways.com/book_display-book-17-translator-2-start-30-number-4204.htm

Selamat.

Al-Alorstari said...

Ini hadis yang di maksudkan :

Abdullah b. 'Umar reported that a Jew and a Jewess were brought to Allah's Messenger (may peace be upon him) who had committed adultery. Allah's Messenger (may peace be upon him) came to the Jews and said: What do you find in Torah for one who commits adultery? They said: We darken their faces and make them ride on the donkey with their faces turned to the opposite direction (and their backs touching each other), and then they are taken round (the city). He said: Bring Torah if you are truthful. They brought it and recited it until when they came to the verse pertaining to stoning, the person who was reading placed his hand on the verse pertaining to stoning, and read (only that which was) between his hands and what was subsequent to that. Abdullah b. Salim who was at that time with the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: Command him (the reciter) to lift his hand. He lifted it and there was, underneath that, the verse pertaining to stoning. Allah's Messenger (may peace be upon him) pronounced judgment about both of them and they were stoned. Abdullah b. 'Umar said: I was one of those who stoned them, and I saw him (the Jew) protecting her (the Jewess) with his body.

Maksud kejadian zina di zaman Nabi saw adalah merujuk kepada kejadian zina yang berlaku dikalangan orang-orang Islam.

Apa pun ianya suatu info yang berguna untuk kita semua.

Jazakallah.

Wasallam.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin